Sesi Penerangan IMP di IMP Centre

AMPANG : Sesi Penerangan IMP oleh Tuan Haji Nordin B. Zainuddin telah diadakan pada 5 Februari 2013, bertempat di IMP Centre,Ampang. Sesi Penerangan tersebut telah dihadiri oleh seramai 10 orang dari pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan IMP.

 
Antara perkongsian maklumat yang telah diberikan oleh Tn Hj Nordin sebagai Ketua Unit Komplians dan Syariah Sekretariat Komuniti IMP adalah mengenai keperluan makanan Halalan Thoyyiba didalam pembangunan manusia sejagat. Menurut beliau, makanan merupakan sumber asas kepada keperluan seorang manusia, dan mafhum hadis, " Darah daging yang tumbuh dari sumber yang haram, layaknya neraka Allah Taala", maka oleh kerana itu perlunya seseorang manusia untuk memakan makanan yang Halal lagi Thoyyib atau baik.
 
Makanan Halal mudah didapati
"Untuk mendapatkan makanan yang Halal ketika ini di Malaysia adalah amat mudah berbanding di luar negara. Ini adalah hasil daripada sokongan dan galakan Kerajaan Malaysia untuk pengusaha-pengusaha industri makanan dan minuman untuk mendapatkan persijilan Halal yang diiktiraf oleh Jakim. Walaubagaimanapun, saban hari berita mengenai ketidakakuran atau ketidakpatuhan pengusaha-pengusaha kepada persijilan Halal sering dilaporkan di media massa. Keadaan ini menyebabkan umat Islam khususnya di Malaysia sering keliru  akan status Halal produk-produk keluaran syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman di Malaysia" jelasnya.
 
Isu Halal adalah Isu Agama
Menurut beliau lagi, hasil daripada maklumat tidak rasmi, adalah diketahui bahawa 80% sijil Halal yang dikeluarkan adalah dimiliki oleh pengusaha-pengusaha bukan Islam di mana kadar peratusan ini amat membimbangkan. Ini adalah kerana isu Halal adalah isu Agama. Selayaknya, mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pemprosesan makanan halal dari segi pentadbiran dan operasi perlulah mereka yang beragama Islam, yang bertanggungjawab mengeluarkan makanan yang Halalan Thoyyiba sebagai suatu Fardhu Ain diatas tiap-tiap orang Islam.
 
Piawaian IMP sebagai suatu alternatif
Hasil daripada kesedaran dan tanggungjawab untuk membantu umat islam keluar daripada dibelenggu keraguan, Sekretariat Komuniti IMP iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan(NGO), telah memperkenalkan Piawaian didalam industri pengilangan yang dikenali sebagai "Islamic Manufacturing Practice" (IMP), iaitu suatu piawaian atau garis panduan pengilangan dan pengeluaran produk-produk Halalan Thoyyiba yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
 
Di akhir sesi penerangan tersebut, Tn Hj Nordin menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk bekerjasama didalam memartabatkan industri makanan Halalan Thoyyiba ke suatu tahap yang membawa manusia khususnya umat Islam untuk kembali patuh dan taat kepada perintah Allah s.w.t. agar dapat menghubungi beliau ditalian 012 - 232 7363 atau Sekretariat Komuniti IMP di talian 05 - 773 1663 bagi mengadakan kerjasama sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Seminar Pengenalan IMP

AMPANG : "SEMINAR PENGENALAN IMP " yang julung kali diadakan pada 7 Mac 2013 bersamaan 24 Rabi'ulakhir 1434 bertempat di IMP Centre, Menara MPAJ telah berjaya menarik minat beberapa syarikat untuk turut serta hadir bagi mendengar dan memahami IMP dari lebih dekat. Antara peserta-peserta seminar yang hadir adalah dari syarikat Natural Prebiotic Sdn Bhd dan Sidratul Corporation Sdn Bhd serta ahli-ahli sukarelawan Sekretariat Komuniti IMP.

Tujuan utama "SEMINAR PENGENALAN IMP " adalah untuk memantapkan keilmuan dan pengetahuan Am Usahawan-Usahawan IMP mengenai IMP atau Islamic Manufacturing Practice dari perspektif yang lebih luas, dan tidak terhad hanya kepada amalan pengilangan itu sendiri.

IMP - Islamic Mankind Practice
Menurut Tn.Hj. Nordin, Ketua Jabatan Komplians dan Syariah Sekretariat Komuniti IMP, beliau menyatakan bahawa IMP bukan hanya memberi maksud Islamic Manufacturing Practice sahaja atau Amalan Pengilangan Secara islam, malah ia meliputi "Islamic Management Practice atau Amalan Pengurusan Secara Islam", Islamic Marketing Practice atau Amalan Pemasaran Secara Islam" dan juga "Islamic Medical Practice atau Amalan Perubatan Secara Islam". Ringkasannya, IMP merupakan suatu kaedah atau panduan bagi amalan seorang manusia itu sediri sebagai seorang Islam didalam amalan seharian yang diniatkan sebagai ibadah.

Peningkatan Kualiti Perkhidmatan dan Produk
"Seminar Pengenalan IMP " untuk siri yang seterusnya akan diadakan pada pertengahan Bulan 4 (Sila rujuk disini) yang dijangka akan dihadiri lebih ramai peserta-peserta dari pelbagai syarikat sama ada usahawan yang terlibat secara langsung mahupun yang tidak langsung dengan Sekretariat Komuniti IMP. Pihak IMP Centre dan juga pihak Sekretariat Komuniti IMP mengharapkan agar seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak IMP Centre dan Sekretariat Komuniti IMP akan dapat membantu usahawan-usahawan didalam memperkemaskan lagi dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan produk usahawan-usahawan. Insyaallah.

 

IMP Center,
Menara MPAJ,Ampang

Kenali IMP